tiba-tiba si suami mebalas "em..kalo sayang nak sambung tidur,tidur la abang izinkan" dengan senyum si isteri membalas..."abang nak tau, sebelum sayang menerima lamaran abang banyak persediaan sayang buat tau"
"Persediaan?" si suami pelik kenapa si isteri berbicara soal persediaan padahal dia mengizinkan isterinya untuk kembali tidur..namun dilayan sahaja
"iya, persediaan, persediaan dari segi mental dan fizikal untung abang tau!" dengan gaya yang manja dan menggoda si isteri bercerita.
Dalam hati si suami 'alahai comei nye die bercerita' si suami berubah karakter daripada gentleman bertukar kepada ala-ala gedik "ye ke! ce citer..ce citer..."
"hihihihhi (ketawa gedik) ala, malu la, tapi abang jangan gelak tau!"
"okey-okey swear"
"antaranya macam ni la, sayang..tak tidur...lepas subuh! hihihihi (gelak gedik lagi)"
si suami memandang terus ke dalam mata si isteri dan bertanya "kenapa sayang tak nak tiduur lepas subuh?"
si isteri cuba mengalihkan anak matanya kerana rasa malu masih wujud untuk bertentang mata dengan pandangan yang baru hadir dalam hidupnya.
"sebab Rasulullah tak suka tidur lepas subuh"dengan nada yang manja lagi si isteri menjawab
si suami tersenyum dengan jawapan isteri dan mencubit manja hidung si isteri "pandai sayang"
"sebab sayang penah dengar ustaz cakap, buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi"
"ha betul-betul abang setuju sangat" dengan nada yang bersemangat
"lepas tu ustaz tu ade cakap lagi, “Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”
si suami memandang dalam ke mata isteri lagi dan berkata dengan nada yang lembut"InsyaAllah, abang nikahi sayang atas nama Allah, sayang adalah amanah bukanlah bebanan buat abang. Uhibbuki daiman abadan abada...
si isteri tertunduk malu dan tersenyum comel ala-ala korea chewah!!!

