Pages

Monday, 19 December 2011

Bagaimana Wardina mendidik anak solat 5 waktu


ini Aisyah Humaira'
Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”
3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

teLeKuNg uNtuK sI cOmeL...

Bismillahirohmanirrohim...


Hari ini saya dah upload produk terbaru iaitu telekung kanak-kanak...yang sangat comel dan menarik. Boleh menarik minat anak-anak dan memupuk mereka untuk solat :)... Teringat masa zaman kanak-kanak dulu teringin nak sembahyang tapi tak tahu just tengok famili solat je...so saya pun pergilah ambil telekung dan solat masa tu tak tau bace ape mulut just ssss...ssss..sss...hihihi...itu la orang cakap budak-budak akan buat apa yang mereka nampak kan...alhamdulillah saya dibesarkan dalam keluarga yang menyuruh saya solat, memarahi saya meninggalkan solat. Teringat artikaet daripada Wardina Safiyyah bagaimana dia mendidik Amna menjaga solat sangat menyentuh hati...nanti saya cuba carikan link tu...
Okey! By the way saksikan telekung untuk si Comel...ade model baru Aisyah Humaira' hhihihih...tapi gamba agak blur sebab gune lappy camera ade tapi xreti guna...next time ek...

Thursday, 8 December 2011

kEhIdUpAn dI SyURgA iTu InDaH...



Bismillahirohmanirrohim...
Tiba-tiba terdetik di hati ingin berkongsi...semoga perkongsian ini paling kurang dapat memberi kita motivasi atau satu santapan muhasabah dalam memperbaiki dari hari ke hari...perubahan bukan perlu secara drastik tetapi menyeluruh. Jika ingin memakai tudung pakailah dengan sempurna seperti yang disyariatkan. Jika ingin menutup aurat tutuplah dengan sempurna. Sebagaimana firman Allah "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu. (2:208) Bukan isu tudung atau aurat yang ingin dikongsi dalam blog kali...cuma diselitkan sebagai pembuka bicara bagi membuka minda. Barang kali kita semua sudah tahu tapi tiada salahnya diulang kembali supaya sentiasa beringat. 
Okey! berbalik pada perkongsian kali ini. Seperti yang tertera pada tajuk blog kali ni. Kehidupan di Syurga. Subhanallah teman-teman. Sebenarnya indahnya syurga yang sebenar memang tidak terjangkau di akal kita, begitu juga azab neraka. Namun perkongsian kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang syurga yang pernah saya dengan suatu masa dulu dan masih kekal dalam ingatan saya.
Di kampung saya selalu menjemput ustaz memberi tazkirah selepas solat maghrib. Kalo azan isyak lambat maknanye ade tazkirah la di masjid. Semenjak mengenali tarbiyah saya sangat kurang mengikuti rancangan televisyen, jadi perkara yang saya suka buat adalah baca buku. Masih ingat lagi waktu itu saya memegang novel "Tautan Hati" karya Fatimah Syarha yang sampai ke hari ini saya tak habis baca lagi sebab tebal sangat.
Rumah saya sangat hampir dengan masjid. So, kalo kalo tazkirah boleh dengar dalam bilik je. Bermulalah tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Farizal. Tazkirah malam tu membincangkan tafsir surah al-Waqiah. Ustaz menceritakan kenikmatan syurga yang diterangkan dalam ayat ini. 
Di syurga nanti kita saling berpandangan dengan pasangan kita, hang tengok aku, aku tengok hang tanpa rasa jemu. Siapa yang tak nak sambung cinta di syurga kan...dalam lagu banyak nak cinta sampai syurga. Stakat ni xpenah lagi dengar cinta sampai ke neraka kan. Lepas tu dalam syurga nanti kita ni semua muda remaja gitu, lepas tu tak ada bulu keculi rambut,bulu kening n bulu mata ada. Kalo xda xseri la. Xpayah susah2 nak beli gillette dah. Allah juga memberi singgah sana yang indah yang memancarkan cahaya dan berubah warnanya. Kalo kita penah tengok msjid kristal tu cantikkan tapi ada satu warna je kan. Kat syurga nanti Allah bagi yang automatik warna tukaq sendiri no..xpayah nak beli cat. Terlalu banyak nikmat syurga yg Allah ceritakan dalam firmanNya. Dan jugak siksa neraka. Syurga dan neraka itu tak terjangkau dek akal kita untuk membayangkannya kerana ia terlalu hebat yang dicipta oleh Yang Maha Besar.
Saya menyeru diri saya terutamanya serta teman2 selepas membaca al-Quran ambillah sepotong dua maksud ayat di dalam al-Quran sebagai suatu kata-kata hikmah,pegangan dan nasihat untuk kita mengubah diri kepada keredhaannya. Allah tidak pernah jemu dengan kita melainkan kita sendiri...Astaghfirullah...

Friday, 28 October 2011

MeNaBUnG...

Dengan kalimah Bismillahirohmanirrohim sebagai awwalul kalam...



Today I'm quite happy tengok duit dalam balang. Actually saya ni bukan la jenis yang suke menabung. Mase skolah rendah dulu ade gak menabung. Ye la, lepas dapat tabung baru, excited la nak menabung. Tapi malangnya tabungan tu xsempat dimasukkan  dalam buku sebab saya kuat korek tabung selepas dapat tahu cara nak bukaknye. Dulu kecik2 mak kite amik bekas bedak yang lame wat tabung. Bile dah penuh duit wangi wooo...hehehe ye la sebab kene saki baki bedak kan...Baru-baru ni baba (bapak) saya keluarkan duit tabungnya.Tapi tabung baba saya lagi unik and creative tau...nak tau di  mana???di tiang katil setinggi 1 meter. Katil kan ade empat bucu so setiap bucu ade tiang. So every tiang tu ade lobang jadi hari-hari baba saya masukkan duit dalam tu kot. kalau tak silap...almost RM300 kami kira...saya dapat la RM100 hehehe...(happy tau)...
Tapi simpanan saya xda la sampai banyak tu sikit je baru. Ye la simpan dalam balang mayonis besar mane pun. Tapi saya seronok kira duit tadi nak dekat Rm100...hihihi...Bila dapat hasilnya sangat seronok. Sekarang ni memang tengah mengumpul dan membajet duit. Ye la studi dah habis nak mintak-mintak malu...orang nak bagi segan nak ambik tapi mau uhuhuhhu...Nak tak nak kene gak menabung. Ye la family saya mane ade harta sampai tujuh keturunan pon xhabis makan...Bisnes pon slow gak sekarang ni sebab menghadap keje baru. 
Tajuk kali ni bukan bermakna duit adalah segala-galanya...tapi sekarang segala-galanya perlukan duit...jadi kenelah belajar menabung dan "membajet" sebab bile duit dah lari semput kite nak ngejornye...jom menabung best tau...so tiap tabungan ko kenelah tau ini tabungan untuk ape...ni untuk ape baru lah ade matlamat kan3...yang mana untuk pergi haji asingkan...yang mane untuk kawen jangan usik nanti kene postpone kawen tu plak hihihi...yang mane nak wat modal asingkan yang main bedal je...

        ini lah tabung saye :).....

Jadi pesanan saya selamat menabung...:)



Wednesday, 12 October 2011

RAUDHATUL HUDA: AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH

RAUDHATUL HUDA: AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH: “AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH”. Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya ...

SaBaRLaH mENaNtI, JaNjI AlLaH kaN paSTi



Sabarlah menanti
Usahlah ragu
Kekasih kan datang
Sesuai dengan iman di hati

Jika di dunia ia tiada
Moga di syurga ia telah menunggu
Jika di dunia ia tiada
Moga di syurga ia telah menanti.





Cintailah Ilahi

Cinta Sejati

Bait lirik di atas mula dikenali apabila sering kali menjenguk blog akhi umair. Walaupun liriknya dan lagunya agak biasa sahaja namun penghayatan atas lirik tersebut memberi makna dan jawapan. Fitrah setiap manusia ingin dikasihi dan mengasihi lebih-lebih lagi apabila usia mula menjangkau 20 an ke atas perkara ini mula menjadi isu utama di fikiran muda mudi sekarang baik yang sudah berteman mahu pun yang masih single mingle. Ada yang sudah berpacaran cuma menunggu masa yang sesuai untuk diijab kabulkan nama bila saatnya mereka tak tahu. Adakah pasti akan bersama teman yang dicintai???mungkin ada yang mengatakan dengan yakin "ya" ada juga yang kurang pasti diserahkan kepada jodoh. Kenapa soal cinta???kenapa soal jodoh??? kerana umur sudah menjangkau 20 an, kerana sudah tamat belajar, kerana banyak terima jemputan perkahwinan kawan, kerana kawan-kawan semua udah punya teman, kerana aku memerlukan cinta...Ia CINTA. 
Wahai wanita pernahkah engkau terfikir tatkala engkau tidak mempunyai teman lelaki Allah ingin melindungi daripada terjebak dengan dosa,
Wahai wanita perkah engkau terfikir tatkala jodohmu belum tiba Allah memberi engkau ruang untuk membaiki dirimu agak mendapat yang terbaik,
Wahai wanita pernahkah kau terfikir bahawa janji Allah itu benar, setiap kepahitan yang engkau rasai sekarang akan berakhir dengan kemanisan. 
Wahai wanita janganlah resah jika belum berpasangan, namun resahlah jika belum mendapat cinta dari Tuhan.

Bukan mengharapkan insan yang baik, namun berhijrah untuk menjadi yang hamba yang terbaik di sisiMu dan keredhaanMu...

Monday, 10 October 2011

iMan sAkiNaH (keBaHagiAaN iMaN): TuDuNg Nur YanG TerBaRu

iMan sAkiNaH (keBaHagiAaN iMaN): TuDuNg Nur YanG TerBaRu: Dengan lafaz Bismillahirohmanirrohim... Ini adalah tudung terbaru daripada koleksi Tudung Nur. Banyak jugak yang bertanya saya tentang tu...

TuDuNg Nur YanG TerBaRu

Dengan lafaz Bismillahirohmanirrohim...
Ini adalah tudung terbaru daripada koleksi Tudung Nur. Banyak jugak yang bertanya saya tentang tudung ini. Namun disebabkan kesibukan menghalang saya untuk upload tudung terbaru daripada koleksi tudung Nur. Bagi yang berminat boleh pilih dan nyatakan kod mane yang anda suke beserta bidang tudung yang anda inginkan.












JENIS KAIN: POLYESTER
HARGA
Empat segi: RM28.00
Bulat/Bundar: RM33.00
KAIN METER: RM18.00
 
CIRI-CIRI
Kain agak tebal
tetapi lembut
Tak Jarang
Tak panas
Tekstur kain  yang  unik membantu pengaliran udara
Mudah dibentuk
Tahan kedut














Tudung Jasmin, bercorak simple dan fleksibel, dan kasual
Harga
Tudung Empat segi: RM33.00
Tudung Empat segi (Awning): RM46.00
Tudung BULAT @ Bundar: RM39.00
Tudung BULAT @ Bundar(Awning): RM52.00
Kain Meter: RM21.00/METER

Tudung jasmin juga terdapat dalam bentuk awning seperti di bawah:

















Harga
Tudung Empat segi: RM33.00
Tudung Bundar: RM39.00
Kain Meter: RM21.00/METER

Saturday, 1 October 2011

iSnIn dAtAng LaGi...

Dengan lafaz bismillah...sebagai awalul kalam...
Apabila hari Isnin datng menjengah mesti rase malas...ye la tak dapat nak rehat puas2...baik yang bekerja mau pun yang bersekolah...Teringat suasana mase kecik2 dulu kalo hari Isnin rumah mesti kecoh betoi! Kene bangun awal pagi nak mandi pergi skolah...kadang2 berebut bilik air...sementara tunggu turn tido kejap...tapi selalu hari Isnin mak aku rajin masak air panas...sape lambat bangun xsempat la merase air panas...Yang paling best lepas mandi sejuk2 terus pakai baju yang baru lepas iron memang best woo terasa hangat sket...Selalu pagi2 Isnin mesti kalut cari stokin itu yang slalu mak aku jadi berang...kadang2 die dah paham...paling susah cari tali kasut pastu nak kene pasang tali tu yang wat lambat...sebab tu aku pakai kasut tali setahun je itu pon mase masuk tingkatan satu...disebabkan aku ni jenis suke wat keje last minit...pagi Isnin la nak kemas buku,nak cari stokin,cari tali kasut...at last aku xbeli dah kasut bertali...mase masuk sekolah menengah memang excited dapat pakai kasut tali nampak smart la kunun...disebabkan aku ni jenis nak senang je memang xsesuai pakai kasut tali la...,sekarang dah bekerja baju kene iron sendri...kalo ikot hati nak je cari baju n tudung yang xpayah iron..teserlah kemalasan aku...no wonder la aku suke pakai kain t-shirt pergi kerja daripada pakai baju kurung hehehe...when Monday comes I'll think of u mum,the way u manage ur children until we'r grow up.

Friday, 30 September 2011

SaYonARa aNdaLuSia...

Dengan lafaz Bismillah...sebagai awalul kalam...


Detik ini berakhirlah latihan aku di Andalusia Travel & Tours..Masih teringat pada hari pertama mendaftarkan diri di sana. Setiap hari muka kena pakai pelembab ngan foundation supaya muka tak nampak pucat cume lipstik je tak pakai sebab memang takde...tapi semua ni bertahan hanya sebulan aje...pastu aku pun rase lemas jugak la nak tempek2 muke ngan benda alah tu...pg keje arapkan bedak itu pon kalau sempat tempek ngeh3...Kasut bata aku memang banyak berjasa nasib baik tahan mane xnye pegi keje kene berjalan kaki..pagi2 dah kene berkawad kat Desa Pandan ni..tapi aku suke...tetapi yang paling setia adalah beg Adidas cap Thailand aku (beg skolah) yang boleh muatkan banyak barang sebab tu aku xsuke pakai handbag. Di situ aku belajar mengenali orang dan berada dalam situasi opis and there is also office politic. Tapi bukan itu yang mahu dirungkaikan...Duduk dalam department Holidays yang quite interesting sebab banyak yang aku blaja and dalami..walaupun kadang2 terase stress..tp sekarang semua tu menjadi satu kenangan manis dan pengalaman...Tak lupa jugak buat teman2 yang berjaya buat aku senyum and happy bile ngan korang...kalo cite pasal dorang aku jadi sedih la plak. Inilah kehidupan ada pertemuan dan perpisahan...aku doakan yang terbaik buat korang dunia dan akhirat...maafkan aku andai aku ade mengguriskan hati korang dan maafkan aku andai aku xpernah nak tegur untuk kebaikan korang itulah kelemahan aku but I love u all...I'll pray the best for all you...remember me specially my smile :) (macam siti nurhaliza tau) hahahaha....mesti korg nak muntah tambah2 si Nua...For Nurhidayah, Anwar, Siti, Ariff, kak Zila and other I miss u olls...I cannot sleep,and just express my feeling here...