Pages

Thursday, 26 January 2012

Lau KaNa BaiNaNa...



Bismillahirohanirrohim...

Lau Kana Bainana...andai Rasulullah ada bersama kita...masyaAllah tabarokallah...kita mungkin pernah mendengar rancangan realiti Lau Kana Bainana yang sangat menyentuh hati bagi saya. Rancangan yang menyuburkan rasa cinta dan kagumnya kita pada sosok yang mulia itu...

Kadang-kadang saya terfikir sendirian apabila menonton rancangan tersebut, andai kata saya diajukan soalan, "andai Rasulullah ada bersama kita apa yang akan anda katakan padanya?" MasyaAllah tabarokallah...
saya bertanya pada diri saya what will I answer??? tanpa saya sedar air mata mengalir subhanallah...siapalah saya untuk bertemu dengan insan mulia itu...tetapi andai dapat bertemu dengan insan mulia itu sudah pasti saya tidak mampu untuk memandang baginda...saya malu untuk menunjukkan muka saya di hadapan baginda...kerana saya bukanlah ummat yang patut dibanggakan...yang penuh dengan dosa...

But there is something that I would like to tell u ya Habiballah...
"Ya Rasulullah maafkan aku, kerana aku bukanlah umatmu yang terbaik, aku pernah terkhilaf. Namun aku sangat-sangat mencintaimu, merinduimu...aku sangat mengagumimu ya Rasulullah..aku cuba menjadi muslimah yang terbaik namun kadang-kadang aku tertewas tapi aku akan bangkit semula kerana aku tidak akan biarkan diriku terus jatuh terjelopok. Tersungkurnya aku tidak dapat dibandingkan tersungkurnya engkau ketika dibaling dengan batu ketika menyebarkan Islam di Thaif. Maafkan aku ya Rasulullah...walaupun diri ini tidak layak namun aku tidak putus mengharapkan syafaat darimu...mudahkanlah aku meneruskan apa yang telah engkau perjuangkan dan rahmatilah aku"

Sollualan nabi!!!

Monday, 16 January 2012

KeraNa CiNta...


Bismillahirohmanirrohim...


Kasih,sayang dan cinta...
Di situ Islam terbentuk,
Di situ Islam dijulang,
Di situ kalimah syahadah bergema,
Berpegang dengan satu kalimah Tauhid
La ilahaillallah wa Muhammad Rasulullah!
Allahu akbar!
Masyaallah...


Teman-teman mari kita menyingkap beberapa sirah para sahabat yang memeluk Islam atas dasar cinta pada dasarnya. Cinta dan kasih sayang mampu mengubah segala-galanya...
Masihkah kalian ingat akan kisah pengisalaman Khalid al-Walid iaitu bapa saudara Rasulullah yang memeluk Islam. Beliau merupakan seorang pemuda yang gagah. Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud. Namun siapa sangka, kehadirannya bagi menyelamatkan Rasulullah daripada daripada orang kafir quraisy menyebabkan ketika itu Khalid al-Walid melafazkan kalimat syahadah yang agung. Subhanallah...kerana kasih dan sayang kepada Muhammad Rasulullah, Khalid al-Walid tidak sedar akan apa yang diucapkannya.
Jika kita lihat riwayat hidup Khalid al-Walid sebelum memeluk Islam beliau merupakan penentang Islam namun siapa sangka kehadirannya untuk menyelamatkan Rasulullah bertukar kepada suatu nikmat yang sangat agung yang boleh saya katakan. Saat kalimah agung terpacul keluar di bibirnya yang bersaksikan tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah. Subhanallah kalian itulah kasih sayang bapa saudara kepada anak saudara bertukar kepada kasih sayang kepada yang satu iaitu cinta kepada Allah.


Begitu juga berlaku kepada Amirul Mukminin, Saidina Umar al-Khattab r.a. Bagaimana Umar seorang yang gagah dan bengis orangnya bisa memeluk Islam. Menurut sirah walaupun Umar seorang yang garang namun beliau amat kasih kepada adiknya. Namun disebabkan berita bahawa adiknya Fatimah telah memeluk Islam Umar berasa sangat marah dan ingin bertemu dengan adiknya. Ketika itu Fatimah bersama suaminya, Khabab sedang membaca al-Quran.  Mendengar suara Umar, Khabbab r.a terus menyembunyikan dirinya dalam sebuah bilik. Beliau terlupa untuk membawa lembaran-lembaran Al-Quran. Apabila pintu dibuka, Umar terus memukul adiknya sambil berkata:
“Wahai musuh kepada musuhmu sendiri. Kamu juga telah meninggalkan agama datuk nenek moyang kamu. Apa yang telah  kamu lakukan? Siapakah pemilik suara asing yang aku dengar dari luar sana?’’.
Adik iparnya menjawab:
“Kami sedang bercakap antara satu sama lain”.
Umar bertanya kepadanya:
“Adakah kamu juga meninggalkan agama nenek moyang kamu dan memeluk agama baru itu?”.
Adik iparnya menjawab:
“Tetapi apa salahnya sekiranya agama yang kami anuti itu lebih baik dan benar?’’.
Apabila mendengar sahaja jawapan daripada adik iparnya itu, Umar bertambah menyinga lalu memukulnya, menarik janggutnya dan membelasahnya dengan teruk. Apabila adik perempuannya mencelah, dia memukul muka adiknya begitu kuat sehingga mengalir darah dengan banyaknya. Adiknya meluahkan perasaannya:
“Umar, kami dibelasah hanya kerana kami menjadi seorang muslim.   Dengarlah! Bahawa kami berazam untuk mati sebagai seorang Islam. Kamu bebas melakukan apa sahaja terhadap kami kerana Allah sentiasa berada bersama kami”.
Dia berasa menyesal dengan perbuatannya apabila melihat adiknya berlumuran darah. Matanya terpandang lembaran Al-Quran yang tidak sempat dibawa oleh Khabbab r.a. Lalu beliau cuba untuk mengambil lembaran Al-Quran untuk melihat apakah kandungannya.
Adiknya berkata:
“Tidak! Badanmu bernajis dan tidak seorang pun yang bernajis dibenarkan untuk menyentuh Al-Quran”.
Umar mendesak ingin menyentuhnya tetapi adik perempuannya enggan membenarkan tindakannya kecuali beliau membersihkan dirinya terlebih dahulu. Akhirnya Umar akur.
Setelah beliau mandi beliau mula membaca lembaran tersebut dan surah yang dibacanya ialah Surah Thaha. Beliau memulakannya daripada awal. Apabila sampai kepada ayat berikut, pemikirannya bertukar sama sekali:
“Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku kerana itu, sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”.
(Surah Thaha : ayat 14)
Lantas Umar bersuara:
“Baiklah bawakan aku berjumpa Muhammad”.
Apabila mendengar kata-kata ini, Khabbab pun keluar dari tempat persembunyiannya dan berkata:
“Wahai Umar! Berita gembira untukmu. Semalam Rasulullah s.a.w telah berdoa kepada Allah; “Ya Allah! Perkuatkanlah Islam melalui Umar atau Abu Jahal, sesiapa yang Engkau kehendaki”.
Nampaknya doa Rasulullah ini diperkenankan untukmu”.
Umar pun pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu terus memeluk Islam pada pagi Jumaat. PengIslaman Umar memberikan pukulan hebat kepada semangat orang-orang musyrikin. Namun begitu bilangan umat Islam masih kecil untuk mengimbangi seluruh negeri yang memusuhi mereka. Orang musyrikin melipatgandakan usaha mereka untuk menghancur leburkan dan melenyapkan Islam sama sekali. Dengan kehadiran Umar r.a, orang Islam telah mula berani untuk menunaikan solat di Tanah Haram.
Abdullah bin Mas’ud berkata:
“PengIslaman Umar adalah satu kejayaan yang sangat besar. Penghijrahannnya ke Madinah menambahkan kekuatan dan pengkhalifahannya mendatangkan sebesar-besar rahmat kepada orang Islam”.
(dipetik daripada: http://theunutterablebeautyofphrases.wordpress.com/2009/12/09/sirah-umar-al-khattab-1-pengislaman-saidina-umar-al-khattab/)


Teman-teman jika kita boleh mengaitkan kasih sayang dengan kisah pengislaman Umar r.a. Apabila rasa bersalah terbit di hati Umar apabila memukul adik kesayangannya menyebabkan hatinya terbuka untuk menerima Islam. Subhanallah...kasih sayang mampu menyubah segala-galanya.


Setiap kali ana mendengar kisah sahabat air mata akan mengalir dan dada ana sebak. Ana bukanlah siapa-siapa...perjuangan ana kepada Islam tidaklah sehebat para sahabat dan juga tidaklah sehebat pejuang-pejuang Islam di luar sana dan mungkin tiada apa yang ana sumbangkan...namun ana berharap agar penulisan ana ini mampu menguatkan rasa cinta kita kepada Rasululullah kerana kunci kepada cinta Allah adalah cinta kepada Rasulullah.


Dulu ana hanya mengenal Muhammad s.a.w sebagai nabi utusan Allah itu sahaja dan serba sedikit sirah-sirah Rasulullah. Apabila ana mendalami sirah Rasulullah barulah ana mengerti mengapa sahabat-sahabat Rasulullah dan para alim ulama' banyak yang mengagumi dan mencinta suri tauladan itu. Baru la kini ana mengerti mengapa Bilal tidak mahu azan setelah kewafatan Rasulullah, mengapa Abu Bakar pengsan apabila cuba mengimami jasad Rasulullah dan mengapa Umar akan membunuh sesiapa yang mengatakan Rasulullah telah wafat.
Ini kerana cinta kepada sosok tubuh teragung itu.


Mari lah kita mendalami sirah Nabi agar terbit rasa cinta kita kepadanya dalam mendaulatkan Islam dan meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w.


Sollu alan Nabi!


Wednesday, 11 January 2012

Inspection...hanya kedai buah itu sahaja



Dengan lafaz bismillahirohmanirrohim...

Pernahkah kita mendengar kisah yang terjadi ketika zaman Nabi Musa di mana ada seorang lelaki telah bernazar untuk minum air kencing anjing hitam jika dia memperolh zuriat.  Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Teringat sewaktu kali pertama mendengar kisah ini sewaktu masih belajar di UUM.
"Akak rupenye makan air tangan orang tak solat ibarat meminum air kencing anjing hitam. Habis tu kalo kite tengok kat cafe ade tak yang solat ek???"

"hmm...tak tau la nampak macam ramai je tak solat."

"Kak, tu la aja tengok pun macam tu jugak tapi kite boleh siasat. Kalo nak tahu kedai mane yang solat kite kene pergi waktu Maghrib amacam? Pastu nanti kite beli makanan kat kedai tu je ek. Ngeh..ngeh.ngeh"

"Oit, nak siasat orang tak solat kang ngan kite2 plak same tak solat, dah la Maghrib tu pendek."

"huhuhuh...sabau kak sabau...la kite suh la Ain tunggu kat kedai tu time masuk waktu sebab die tak leh solat kan..kan..pastu selesai solat kite tanya la keputusan pada die ngeh..ngeh.."

Seperti yang dirancang Ain redha jadi penunggu. Selesai solat kami tak sabar nak tahu jawapan. Dalam hati hope kedai kegemaran kami solat hihihi...

"Amacam Ain kedai mane yang solat?"

"Hmmm....:) Ain tengok kedai buah tu je yang gi solat, kurus la kite pah ni dok make buoh jah."

kami memandang sesama sendiri, kemudian menoleh ke gerai kegemaran kami. Taukeh gerai tu senyum pada kami...Taukeh tu mungkin tak tahu sebab kami bertiga memandang ke arah gerainya. Tiba-tiba tangan taukeh tu melambai-lambai ke arah kami. 
Taukeh gerai tu nak blanja kami makan dan dia dah siap bungkus untuk kami.
Daripada nak buat inspection terus dapat makan free. Kami pun makan je isk..isk..isk... siap bersembang lagi..

Namun bukanlah isu makan free ni nak dikongsikan tapi soal solat. Daripada cerita zaman Nabi Musa kita dapat lihat bagaimana hinanya orang yang tidak solat, air tangannya ibarat air kencing anjin hitam. Betapa beratnya amalan solat. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada  Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Saya ingin berkongsi firman Allah dalam surah al-Qalam:42,43

"(Ingatlah) ketika hari pada betis disingkapkan dan mereka diseru untuk bersujud; maka mereka tidak mampu. 
Pandangan mereka tertunduk ke bawah, diliputi kehinaan. Dan sungguh, dahulu (di dunia) mereka telah diseru untuk bersujud waktu mereka sihat (tetapi mereka tidak melakukan)."

*disingkapkan= menggambarkan keadaan huru-hara, manusia berlari lintang pukang.

Andai kebiasaan kita di dunia seorang yang menjaga solatnya dan menjadi kebiasaanya bersolat InsyaAllah kita tergolong daripada mereka yang bersujud. Namun andai kata selama di dunia sujud tu on, off atau off terus maka risau di akhirat nanti kita tergolong bersama orang yang tertunduk dengan hina. Nauzubillah...

Janganlah melihat pada aku yang berbicara, lihatlah apa yang aku bicarakan...kerana saya juga insan lemah yang masih mencari dan memperbaiki. Sama-sama kita perbaiki diri...mungkin dengan sekelumit bicara ini mampu memberi satu kekuatan dalam diri untuk terus bertahan menjadi hamba Allah yang taat dan cinta padaNya.


"jangan tanya apa yang kamu suka, tanyalah apa yang Allah suka"




Monday, 9 January 2012

Akhwat's Life



Bismillahirohmanirrohim...
Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang untuk berkongsi di ruangan ni terima kasih ya Allah atas setiap sedutan nafas di muka bumi ini alhamdulillah...
Hidup sendirian tanpa teman atau keluarga di sisi membuat kita berasa kekurangan. Namun kerana kekurangan ini membuat akan saya berfikir sejenak untuk mencari kelebihannya. Seminggu yang lalu hati merasa seperti sesuatu yang telah hilang...hilang sehingga tidak tahu apa yang hilang...ku kembali termenung tiba-tiba tersentap Ah! aku sudah 24 tahun! What! tiba-tiba kenangan semasa di kampus muncul di fikiran. Kenangan di Universiti Utara Malaysia...kenangan di ketika....

Di ketika mereka siap mengatur rancangan untuk cuti hujung sama ada menontong wayang atau membuat wayang,
Kami mengatur rancangan untuk daurah...boleh dikata tiap minggu  dari malam sampai siang namun itu yang membuatkan ukhwah makin erat, akhwat gembira riang dan iman makin cemerlang...:)
Di ketika itu waktu lapang mereka mula berkumpul bersiap sedia untuk movie malam ini sampai pagi
Di ketika itu juga berkumpul berhalaqah sampai pagi:

Dari bulatan itu aku mengenal Islam dengan lebih dekat
Dari bulatan itu aku mula menghargai perjuangan Islam
Dari bulatan itu aku mengenal ukhuwah yang sejati

Tak dapat saya lupakan kenangan kita berhalaqoh...semua orang diamanahkan dengan tugas masing-masing. Tugasan yang diterima harus dibentangkan kepada setiap ahli dan dari situ akan bermulalah perbincangan yang akan dicerna. Pandangan dan persoalan akan setiasa timbul dan akhwat2 akan cuba menjawab dan jika ada mushkilah persoalan tersebut akan KIV dulu...

Kerepek selalu menjadi kudapan, termasuk biskut kering namun tetap berselera... Kalau halaqohnya bermula hari Isnin atau Khamis akhwat dapat la makan besar sikit sebab orang yang berpuasa selalu bawak makanan berbuka alhadulillah rezeki...

Prestasi iman sentiasa dipantau...Gi mana iman hari??? kalo bagus alhamdulillah jadi tauladan pada akhwat2 lain namun kalo kurang bagus???ditanya mengapa kok jadi begini???aduh kok aku asik bicara indonesi aja hihihi...
kalo kurang bagus dia ada pantauan intensif huhuhu...alhamdulillah ade jugak sahabat yang masih mahu memantau dan membantu kita untuk menaikkan iman...

Apabila jauh dari kalian barulah sedar apa sebenarnya tarbiyah Dzatiyah itu...harus kuat harus istiqomah
Doa dari kalian sangat ana harapkan buat diri yg sangat lemah ini...

Salam sayang buat akhwat semua Uhibbukum Fillah abdan abda...

Coretan kerinduan buat semua....

Ya Allah eratkalah ikantanya...