Usahlah ragu
Kekasih kan datang
Sesuai dengan iman di hati
Jika di dunia ia tiada
Moga di syurga ia telah menunggu
Jika di dunia ia tiada
Moga di syurga ia telah menanti.
Cintailah Ilahi
Cinta Sejati
Bait lirik di atas mula dikenali apabila sering kali menjenguk blog akhi umair. Walaupun liriknya dan lagunya agak biasa sahaja namun penghayatan atas lirik tersebut memberi makna dan jawapan. Fitrah setiap manusia ingin dikasihi dan mengasihi lebih-lebih lagi apabila usia mula menjangkau 20 an ke atas perkara ini mula menjadi isu utama di fikiran muda mudi sekarang baik yang sudah berteman mahu pun yang masih single mingle. Ada yang sudah berpacaran cuma menunggu masa yang sesuai untuk diijab kabulkan nama bila saatnya mereka tak tahu. Adakah pasti akan bersama teman yang dicintai???mungkin ada yang mengatakan dengan yakin "ya" ada juga yang kurang pasti diserahkan kepada jodoh. Kenapa soal cinta???kenapa soal jodoh??? kerana umur sudah menjangkau 20 an, kerana sudah tamat belajar, kerana banyak terima jemputan perkahwinan kawan, kerana kawan-kawan semua udah punya teman, kerana aku memerlukan cinta...Ia CINTA.
Wahai wanita pernahkah engkau terfikir tatkala engkau tidak mempunyai teman lelaki Allah ingin melindungi daripada terjebak dengan dosa,
Wahai wanita perkah engkau terfikir tatkala jodohmu belum tiba Allah memberi engkau ruang untuk membaiki dirimu agak mendapat yang terbaik,
Wahai wanita pernahkah kau terfikir bahawa janji Allah itu benar, setiap kepahitan yang engkau rasai sekarang akan berakhir dengan kemanisan.
Wahai wanita janganlah resah jika belum berpasangan, namun resahlah jika belum mendapat cinta dari Tuhan.
Bukan mengharapkan insan yang baik, namun berhijrah untuk menjadi yang hamba yang terbaik di sisiMu dan keredhaanMu...


No comments:
Post a Comment