Tiba-tiba terdetik di hati ingin berkongsi...semoga perkongsian ini paling kurang dapat memberi kita motivasi atau satu santapan muhasabah dalam memperbaiki dari hari ke hari...perubahan bukan perlu secara drastik tetapi menyeluruh. Jika ingin memakai tudung pakailah dengan sempurna seperti yang disyariatkan. Jika ingin menutup aurat tutuplah dengan sempurna. Sebagaimana firman Allah "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu. (2:208) Bukan isu tudung atau aurat yang ingin dikongsi dalam blog kali...cuma diselitkan sebagai pembuka bicara bagi membuka minda. Barang kali kita semua sudah tahu tapi tiada salahnya diulang kembali supaya sentiasa beringat.
Okey! berbalik pada perkongsian kali ini. Seperti yang tertera pada tajuk blog kali ni. Kehidupan di Syurga. Subhanallah teman-teman. Sebenarnya indahnya syurga yang sebenar memang tidak terjangkau di akal kita, begitu juga azab neraka. Namun perkongsian kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang syurga yang pernah saya dengan suatu masa dulu dan masih kekal dalam ingatan saya.
Di kampung saya selalu menjemput ustaz memberi tazkirah selepas solat maghrib. Kalo azan isyak lambat maknanye ade tazkirah la di masjid. Semenjak mengenali tarbiyah saya sangat kurang mengikuti rancangan televisyen, jadi perkara yang saya suka buat adalah baca buku. Masih ingat lagi waktu itu saya memegang novel "Tautan Hati" karya Fatimah Syarha yang sampai ke hari ini saya tak habis baca lagi sebab tebal sangat.
Rumah saya sangat hampir dengan masjid. So, kalo kalo tazkirah boleh dengar dalam bilik je. Bermulalah tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Farizal. Tazkirah malam tu membincangkan tafsir surah al-Waqiah. Ustaz menceritakan kenikmatan syurga yang diterangkan dalam ayat ini.
Di syurga nanti kita saling berpandangan dengan pasangan kita, hang tengok aku, aku tengok hang tanpa rasa jemu. Siapa yang tak nak sambung cinta di syurga kan...dalam lagu banyak nak cinta sampai syurga. Stakat ni xpenah lagi dengar cinta sampai ke neraka kan. Lepas tu dalam syurga nanti kita ni semua muda remaja gitu, lepas tu tak ada bulu keculi rambut,bulu kening n bulu mata ada. Kalo xda xseri la. Xpayah susah2 nak beli gillette dah. Allah juga memberi singgah sana yang indah yang memancarkan cahaya dan berubah warnanya. Kalo kita penah tengok msjid kristal tu cantikkan tapi ada satu warna je kan. Kat syurga nanti Allah bagi yang automatik warna tukaq sendiri no..xpayah nak beli cat. Terlalu banyak nikmat syurga yg Allah ceritakan dalam firmanNya. Dan jugak siksa neraka. Syurga dan neraka itu tak terjangkau dek akal kita untuk membayangkannya kerana ia terlalu hebat yang dicipta oleh Yang Maha Besar.
Saya menyeru diri saya terutamanya serta teman2 selepas membaca al-Quran ambillah sepotong dua maksud ayat di dalam al-Quran sebagai suatu kata-kata hikmah,pegangan dan nasihat untuk kita mengubah diri kepada keredhaannya. Allah tidak pernah jemu dengan kita melainkan kita sendiri...Astaghfirullah...


No comments:
Post a Comment