Kasih,sayang dan cinta...
Di situ Islam terbentuk,
Di situ Islam dijulang,
Di situ kalimah syahadah bergema,
Berpegang dengan satu kalimah Tauhid
La ilahaillallah wa Muhammad Rasulullah!
Allahu akbar!
Masyaallah...
Teman-teman mari kita menyingkap beberapa sirah para sahabat yang memeluk Islam atas dasar cinta pada dasarnya. Cinta dan kasih sayang mampu mengubah segala-galanya...
Masihkah kalian ingat akan kisah pengisalaman Khalid al-Walid iaitu bapa saudara Rasulullah yang memeluk Islam. Beliau merupakan seorang pemuda yang gagah. Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud. Namun siapa sangka, kehadirannya bagi menyelamatkan Rasulullah daripada daripada orang kafir quraisy menyebabkan ketika itu Khalid al-Walid melafazkan kalimat syahadah yang agung. Subhanallah...kerana kasih dan sayang kepada Muhammad Rasulullah, Khalid al-Walid tidak sedar akan apa yang diucapkannya.
Jika kita lihat riwayat hidup Khalid al-Walid sebelum memeluk Islam beliau merupakan penentang Islam namun siapa sangka kehadirannya untuk menyelamatkan Rasulullah bertukar kepada suatu nikmat yang sangat agung yang boleh saya katakan. Saat kalimah agung terpacul keluar di bibirnya yang bersaksikan tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah. Subhanallah kalian itulah kasih sayang bapa saudara kepada anak saudara bertukar kepada kasih sayang kepada yang satu iaitu cinta kepada Allah.
Begitu juga berlaku kepada Amirul Mukminin, Saidina Umar al-Khattab r.a. Bagaimana Umar seorang yang gagah dan bengis orangnya bisa memeluk Islam. Menurut sirah walaupun Umar seorang yang garang namun beliau amat kasih kepada adiknya. Namun disebabkan berita bahawa adiknya Fatimah telah memeluk Islam Umar berasa sangat marah dan ingin bertemu dengan adiknya. Ketika itu Fatimah bersama suaminya, Khabab sedang membaca al-Quran. Mendengar suara Umar, Khabbab r.a terus menyembunyikan dirinya dalam sebuah bilik. Beliau terlupa untuk membawa lembaran-lembaran Al-Quran. Apabila pintu dibuka, Umar terus memukul adiknya sambil berkata:
“Wahai musuh kepada musuhmu sendiri. Kamu juga telah meninggalkan agama datuk nenek moyang kamu. Apa yang telah kamu lakukan? Siapakah pemilik suara asing yang aku dengar dari luar sana?’’.
Adik iparnya menjawab:
“Kami sedang bercakap antara satu sama lain”.
Umar bertanya kepadanya:
“Adakah kamu juga meninggalkan agama nenek moyang kamu dan memeluk agama baru itu?”.
Adik iparnya menjawab:
“Tetapi apa salahnya sekiranya agama yang kami anuti itu lebih baik dan benar?’’.
Apabila mendengar sahaja jawapan daripada adik iparnya itu, Umar bertambah menyinga lalu memukulnya, menarik janggutnya dan membelasahnya dengan teruk. Apabila adik perempuannya mencelah, dia memukul muka adiknya begitu kuat sehingga mengalir darah dengan banyaknya. Adiknya meluahkan perasaannya:
“Umar, kami dibelasah hanya kerana kami menjadi seorang muslim. Dengarlah! Bahawa kami berazam untuk mati sebagai seorang Islam. Kamu bebas melakukan apa sahaja terhadap kami kerana Allah sentiasa berada bersama kami”.
Dia berasa menyesal dengan perbuatannya apabila melihat adiknya berlumuran darah. Matanya terpandang lembaran Al-Quran yang tidak sempat dibawa oleh Khabbab r.a. Lalu beliau cuba untuk mengambil lembaran Al-Quran untuk melihat apakah kandungannya.
Adiknya berkata:
“Tidak! Badanmu bernajis dan tidak seorang pun yang bernajis dibenarkan untuk menyentuh Al-Quran”.
Umar mendesak ingin menyentuhnya tetapi adik perempuannya enggan membenarkan tindakannya kecuali beliau membersihkan dirinya terlebih dahulu. Akhirnya Umar akur.
Setelah beliau mandi beliau mula membaca lembaran tersebut dan surah yang dibacanya ialah Surah Thaha. Beliau memulakannya daripada awal. Apabila sampai kepada ayat berikut, pemikirannya bertukar sama sekali:
“Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku kerana itu, sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”.(Surah Thaha : ayat 14)
Lantas Umar bersuara:
“Baiklah bawakan aku berjumpa Muhammad”.
Apabila mendengar kata-kata ini, Khabbab pun keluar dari tempat persembunyiannya dan berkata:
“Wahai Umar! Berita gembira untukmu. Semalam Rasulullah s.a.w telah berdoa kepada Allah; “Ya Allah! Perkuatkanlah Islam melalui Umar atau Abu Jahal, sesiapa yang Engkau kehendaki”.
Nampaknya doa Rasulullah ini diperkenankan untukmu”.
Umar pun pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu terus memeluk Islam pada pagi Jumaat. PengIslaman Umar memberikan pukulan hebat kepada semangat orang-orang musyrikin. Namun begitu bilangan umat Islam masih kecil untuk mengimbangi seluruh negeri yang memusuhi mereka. Orang musyrikin melipatgandakan usaha mereka untuk menghancur leburkan dan melenyapkan Islam sama sekali. Dengan kehadiran Umar r.a, orang Islam telah mula berani untuk menunaikan solat di Tanah Haram.
Abdullah bin Mas’ud berkata:
“PengIslaman Umar adalah satu kejayaan yang sangat besar. Penghijrahannnya ke Madinah menambahkan kekuatan dan pengkhalifahannya mendatangkan sebesar-besar rahmat kepada orang Islam”.
(dipetik daripada: http://theunutterablebeautyofphrases.wordpress.com/2009/12/09/sirah-umar-al-khattab-1-pengislaman-saidina-umar-al-khattab/)Teman-teman jika kita boleh mengaitkan kasih sayang dengan kisah pengislaman Umar r.a. Apabila rasa bersalah terbit di hati Umar apabila memukul adik kesayangannya menyebabkan hatinya terbuka untuk menerima Islam. Subhanallah...kasih sayang mampu menyubah segala-galanya.
Setiap kali ana mendengar kisah sahabat air mata akan mengalir dan dada ana sebak. Ana bukanlah siapa-siapa...perjuangan ana kepada Islam tidaklah sehebat para sahabat dan juga tidaklah sehebat pejuang-pejuang Islam di luar sana dan mungkin tiada apa yang ana sumbangkan...namun ana berharap agar penulisan ana ini mampu menguatkan rasa cinta kita kepada Rasululullah kerana kunci kepada cinta Allah adalah cinta kepada Rasulullah.
Dulu ana hanya mengenal Muhammad s.a.w sebagai nabi utusan Allah itu sahaja dan serba sedikit sirah-sirah Rasulullah. Apabila ana mendalami sirah Rasulullah barulah ana mengerti mengapa sahabat-sahabat Rasulullah dan para alim ulama' banyak yang mengagumi dan mencinta suri tauladan itu. Baru la kini ana mengerti mengapa Bilal tidak mahu azan setelah kewafatan Rasulullah, mengapa Abu Bakar pengsan apabila cuba mengimami jasad Rasulullah dan mengapa Umar akan membunuh sesiapa yang mengatakan Rasulullah telah wafat.
Ini kerana cinta kepada sosok tubuh teragung itu.
Mari lah kita mendalami sirah Nabi agar terbit rasa cinta kita kepadanya dalam mendaulatkan Islam dan meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w.
Sollu alan Nabi!


No comments:
Post a Comment