Pages

Wednesday, 11 January 2012

Inspection...hanya kedai buah itu sahaja



Dengan lafaz bismillahirohmanirrohim...

Pernahkah kita mendengar kisah yang terjadi ketika zaman Nabi Musa di mana ada seorang lelaki telah bernazar untuk minum air kencing anjing hitam jika dia memperolh zuriat.  Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Teringat sewaktu kali pertama mendengar kisah ini sewaktu masih belajar di UUM.
"Akak rupenye makan air tangan orang tak solat ibarat meminum air kencing anjing hitam. Habis tu kalo kite tengok kat cafe ade tak yang solat ek???"

"hmm...tak tau la nampak macam ramai je tak solat."

"Kak, tu la aja tengok pun macam tu jugak tapi kite boleh siasat. Kalo nak tahu kedai mane yang solat kite kene pergi waktu Maghrib amacam? Pastu nanti kite beli makanan kat kedai tu je ek. Ngeh..ngeh.ngeh"

"Oit, nak siasat orang tak solat kang ngan kite2 plak same tak solat, dah la Maghrib tu pendek."

"huhuhuh...sabau kak sabau...la kite suh la Ain tunggu kat kedai tu time masuk waktu sebab die tak leh solat kan..kan..pastu selesai solat kite tanya la keputusan pada die ngeh..ngeh.."

Seperti yang dirancang Ain redha jadi penunggu. Selesai solat kami tak sabar nak tahu jawapan. Dalam hati hope kedai kegemaran kami solat hihihi...

"Amacam Ain kedai mane yang solat?"

"Hmmm....:) Ain tengok kedai buah tu je yang gi solat, kurus la kite pah ni dok make buoh jah."

kami memandang sesama sendiri, kemudian menoleh ke gerai kegemaran kami. Taukeh gerai tu senyum pada kami...Taukeh tu mungkin tak tahu sebab kami bertiga memandang ke arah gerainya. Tiba-tiba tangan taukeh tu melambai-lambai ke arah kami. 
Taukeh gerai tu nak blanja kami makan dan dia dah siap bungkus untuk kami.
Daripada nak buat inspection terus dapat makan free. Kami pun makan je isk..isk..isk... siap bersembang lagi..

Namun bukanlah isu makan free ni nak dikongsikan tapi soal solat. Daripada cerita zaman Nabi Musa kita dapat lihat bagaimana hinanya orang yang tidak solat, air tangannya ibarat air kencing anjin hitam. Betapa beratnya amalan solat. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada  Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Saya ingin berkongsi firman Allah dalam surah al-Qalam:42,43

"(Ingatlah) ketika hari pada betis disingkapkan dan mereka diseru untuk bersujud; maka mereka tidak mampu. 
Pandangan mereka tertunduk ke bawah, diliputi kehinaan. Dan sungguh, dahulu (di dunia) mereka telah diseru untuk bersujud waktu mereka sihat (tetapi mereka tidak melakukan)."

*disingkapkan= menggambarkan keadaan huru-hara, manusia berlari lintang pukang.

Andai kebiasaan kita di dunia seorang yang menjaga solatnya dan menjadi kebiasaanya bersolat InsyaAllah kita tergolong daripada mereka yang bersujud. Namun andai kata selama di dunia sujud tu on, off atau off terus maka risau di akhirat nanti kita tergolong bersama orang yang tertunduk dengan hina. Nauzubillah...

Janganlah melihat pada aku yang berbicara, lihatlah apa yang aku bicarakan...kerana saya juga insan lemah yang masih mencari dan memperbaiki. Sama-sama kita perbaiki diri...mungkin dengan sekelumit bicara ini mampu memberi satu kekuatan dalam diri untuk terus bertahan menjadi hamba Allah yang taat dan cinta padaNya.


"jangan tanya apa yang kamu suka, tanyalah apa yang Allah suka"




No comments:

Post a Comment