Pages

Wednesday, 20 June 2012

Usrah (1)

Assalamualaikum semua :)


Dengan lafaz Bismillahirohmanirrohim sebagai pembuka kalam...

Allahummasolliala sayyidina Muhammad wa'ala ali wasohbihi wabarika alaih...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...

Mood Ramadhan dan makin terasa sebab sekarang dah masuk Syaaban... Nak habiskan al-Quran lagi setengah juzuk agaknya sempat ke??? InsyaAllah I'll try...

Semalam macam biasa setiap hari Selasa saya ada usrah pada belah malam. Sebelum pergi usrah tepon la mama sebab tak tepon lagi ari ni...Macam biasa la mesti lepas Maghrib call. Selalu time tu mama ngah ngaji or tunggu masuk waktu Isyak...Mama always asking "ape crite???" n aku akan cakap "xde crite ape cmni la hehehe". Macam biasa la aku akan mengeluh dengan kepenatan kerja pada mama...pastu aku mention nak pergi usrah plak malam tu then mama cakap "habis tu kalo dah penat nak pegi jugak malam ni?"
"Hehehe...pergi la, kalo tak pergi rugi, bukan selalu seminggu sekali je..."
kalau ikotkan hati memang berat nak melangkah keluar rumah balik tapi aku tahu perasaan tu semua 'Syaitan' yang nak perangkap aku. Jahat punye 'syaitan'! Tapi akhirnya aku berjaya pergi yeay! wahahahaha.. gelak kat 'syaitan'.....hehehehe...
Ingatlah jika kita berkira-kira dengan Allah, Allah juga akan berkira-kira dengan kita jugak. Jangan kita marah andai Allah lambatkan permintaan kita. Tanya balik diri kita apa yang telah kita beri padaNya. Kita berkira-kira untuk tadarus al-Quran walaupun satu page je kot tak sampai brape minit je. Kita berkira-kira nak pergi majlis ilmu dengan alasan-alasan  yang kadang-kadang kita buat sendiri. Kita hanya tahu nak terima sahaja dariNya. Iye memang, bila nak buat benda-benda baik ni berat semacam je, nak bace al-Quran 2,3 ayat pastu ngantuk, bile rase gagap sket dah tak nak bace, nak pergi majlis ilmu rase macam tak sempat je nak pergi padahal saje je kan wat lambat-lambat. Ini kerana jalan menuju ke syurga dipagari oleh benda-benda yang tidak disukai oleh syahwat, dan jalan menuju ke neraka dipagari oleh benda-benda yang disukai oleh syahwat. Sungguh tangan yang menaip ini adalah lebih dekat dengan apa yang diperkatakan semoga Allah menetapkan hati saya dan kita semua untuk kembali kepadaNya Amin3...

Saya ingin berkongsi perbincangan usrah pada malam semalam, perongsian yang sangat menarik dan tidak hanya memfokuskan pada satu tajuk sahaja. Kami membincangkan "Sirah Penurunan Wahyu" yang disampaikan oleh Ukhty Khadijah Afifah. Penyampaian yang santai dan menarik membawa diri dalam penyampaian tersebut. Good job Djah!

Penurunan wahyu yang pertama berlaku di Gua Hira' ketika 17 Ramadhan (soalan yang saya xdapt jawab oleh Djah hehehe). Seperti yang kite tahu surah pertama yang diturunkan ialah surah al-'Alaq.


Dalil pendapat ini adalah hadis yang diriwayatkan oleh Syaikhani ( Bukhari dan Muslim ) dan lainnya, daripada Aishah yang mengatakan : “ sesungguhnya apa yang mula-mula berlaku terhadap Rasulullah s.a.w adalah mimpi yang benar di waktu tidur. Dia melihat dalam mimpi itu datangnya bagaikan terang pagi hari. Kemudian dia suka menyendiri ( khalwat ). Dia pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam. Untuk itu ia membawa bekal. Kemudian ia pulang kepada Khadijah r.a , maka Khadijah pun memberinya bekal seperti sebelumnya. Dalam gua Hira’ datanglah kepada Beliau satu kebenaran iaitu seorang Malaikat lalu berkata kepada Nabi : “ bacalah !” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab ‘ aku tidak pandai membaca’. Malaikat tersebut mandakapku sehingga aku berasa amat payah lalu aku dilepaskan dan dia berkata lagi ‘ bacalah’ maka aku pun menjawab : aku tidak pandai membaca lalu dia mendakapku yang kedua kali sampai aku payah dibuatnya. Kemudian dia lepaskan lagi dan berkata : “bacalah” aku menjawab ‘aku tidak pandai membaca’ maka dia mendakapku kali yang ketiga sehingga aku payah dibuatnya, kemudian dia berkata : “Iqra’ bismirabbikal lazi khalaq ……….hingga ayat yang kelima”
 

Rasullah tetap mempunyai sifat seperti kita walaupun bagainda seorang yang ma'sum. Baginda pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan dan terus mendapatkan isteri kesayangannya, Khadijah. Dari situ kita boleh melihat bagaimana Khadijah memainkan peranannya sebagai seorang isteri kepada kekasih Allah. Khadijah cuba menenangkan Rasulullah seperti anak kecil dengan kelembuta dan kasih sayangnya. Tak hairanlah mengapa Khadijah tetap bertahta di hati Rasulullah.

"Wahai Abu Qasim, ke mana engkau pergi? Demi Allah aku telah menghantar orang untuk mencari engkau sehinggalah mereka mencari mu ke Mekah dan pulang ke rumah dan memberitahu tidak menemui mu di mana-mana," kata Siti Khadijah.
Tetapi baginda terus mendakap paha isterinya dan meminta supaya dirinya diselimutkan. Siti Khadijah segera menyelimutkan baginda kerana mendapati tubuh suaminya itu menggigil seperti seseorang yang sedang demam kuat.
Setelah ketakutan baginda beransur reda lalu baginda menceritakan kepada Siti Khadijah apa yang telah dialami dan dilihatnya sebentar tadi. Namun baginda lebih menyatakan kebimbangannya, semua yang berlaku di Gua Hira' itu tidak lebih terpedaya oleh hatinya sendiri atau akan tidak lebih dianggap seperti ahli nujum pada pandangan orang lain.
Sebagai isteri, Siti Khadijah tidak sedikit pun curiga dengan kata-kata suaminya itu. Lalu beliau meminta supaya baginda berehat untuk melelapkan mata dan Siti Khadijah sendiri kemudiannya bangun meninggalkan Rasulullah menuju untuk menemui seseorang.
Give and take :)

Perbincangan kami beralih kepada peranan seorang isteri dalam rumah tangga. Di mana sifat kelembutan Khadijah mententeramkan suaminya. Subhanallah...teringat kisah seorang professor yang sangat terkenal sekarang bagaimana dia menceritakan kisah penghijrahannya. Dia tidak menjangka bahawa kehidupannya akan berubah seperti sekarang. Jika lihat dirinya dahulu yang tidak pandai membaca al-Quran, solat pun on off je. Segalanya bermula apabila si isteri mengajaknya untuk menunaikan haji namun ajakan isteri hanya jadi bahan mainan baginya "ala...orang pergi haji tu semuanya yang dah tua-tua kita kan muda lagi". Dia pernah bertanya kepada isterinya pernah si isteri mendoakan perubahan atas dirinya. Si isteri menjawab setiap kali dia bangun menunaikan solat malam dia akan berdoa untuk suaminya. Di sini kita dapat melihat kekuatan doa itu. Si isteri mengambil cara yang berhikmah. Dia tidak memperkecil dan mengeji suaminya atas kekurangan suami tersebut. Benarlah orang yang bersabar darjatnya tinggi di sisi Allah.

surat cinta dari Allah :)

Bentuk-bentuk penurunan wahyu:
  1. Melalui mimpi
  2. Melalui pengetahuan
  3. Jelamaan malaikat Jibril seperti seorang lelaki
  4. Bunyi suara loceng
  5. Bunyi seperti lebah
  6. Malaikat Jibril menjelma dalam keadaanya yang asal
  7. Wahyu secara langsung.
Diceritakan oleh seorang sahabat bahawa wahyu yang diterima Rasulullah adalah sangat berat kerana sahabat tersebut pernah duduk di sisi Rasulullah dan ketika itu paha Rasulullah berada di atas pehanya beliau merasa pehanya seperti ingin pecah di saat Rasulullah menerima wahyu.

Lailahailla anta subhanainni kuntu minadzalimin...sedarkah kita hamba yang mendzalimi diri kita sendiri. Termasuk juga saya. Betapa kita mengabaikan risalah yang dibawa oleh Rasulullah. Betapa susahnya Baginda menerima wahyu namun kita memandang al-Quran itu tanpa ada rasa apa-apa. Kita mungkin memerlukannya ketika majlis kematian, majlis berzanji, majlis khatam quran selepas itu al-Quran itu tak disentuh. Cuba kita tanya kepada diri kita bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran???
Rasulullah hanya meninggalkan kepada kita al-Quran dan sunnahnya buat kita umatnya di akhir zaman ini. Jom sama-sama kita membudayakan al-Quran dan sunnah Rasulullah, tak banyak sedikit at least kita berbuat dari tiada berbuat apa-apa. Sebagai tanda syukur dan kasih kita kepada Rasulullah, jika tiada kerana baginda adakah kita dapat menikmati nikmat Islam ini.

Sollualannabi!

No comments:

Post a Comment