Pages

Monday, 4 June 2012

sWeEt LiFe...sEmOGa IsTiQaMaH...

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...



Alhamdulillah... Masih diberi kesempatan untuk menulis di blog ini. Setiap pagi saya akan cuba menjadikan hari ini bermula dengan pagi yang ceria. Setiap perubahan yang ingin saya perbaiki saya akan mulakan di waktu pagi. Entri kali ini lebih sopan dan formal sikit hehehe... Sopan kan elok, baik, manis and ayu gitu :)

Hari ini,saya dapat bersiap seawal pagi dengan sarapan dan siap jemur kain lagi. Ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Saya tahu kat luar sane bersepah orang boleh buat macam saya. Tapi untuk orang yang level macam saya ni yang malas tahap bawah siket dari gapan, ini adalah sesuatu yang saya bangga dalam diri saya.

Nak kate malas sangat tu tidak la sangat, nak kate rajin pon tak la jugak mungkin "yang sedang-sedang saja" (iwan n amalina). Memang fitrah manusia sukakan kebaikan macam tu la yang saya inginkan dalam diri saya supaya dari hari ke  hari dalam membaiki diri yang banyak lompangnye. Walaupun kadang-kadang terjatuh jugak sebab tersadung dengan ting tong yang masih bersisa dalam diri ni. Namun itu bukan bermakna pembaikan itu perlu terhenti di situ as long kite sedar n cuba bangun balik.

Dari dulu lagi saya memang gemar mambaca buku motivasi tak kira la motivasi belajar, agama dan jugak cinta. Sebab dalam buku motivasi banyak pasal true story saye ni memang suke dengar kisah orang ish3... Kesan daripada buku sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan saya dan pemikiran saya. Sebab itu lah membaca itu jambatan ilmu. Bila saya membaca diri saya akan terbooster untuk mengatur kehidupan ini dengan lebih baik dan teratur.

Semenjak saya bekerjaya kehidupan saya mula teratur sedikit walaupun tak banyak. Sifat tanggungjawab dan berdikari saya mula tanamkan dalam diri walaupun kadang-kadang tak berapa nak subur sangat huhuhuh...
Kadang-kadang saya selalu berfikir kehidupan saya yang sekarang ini tak pernah saya rancang. Tak pernah saya rancang nak kerja kat K.L lepas habis belajar. Saya bercadang nak rehat a.k.a menganggur selama setahun kat kampung sebelum grad. Namun apa yang terjadi tak sampai seminggu balik di kampung saya dah cabut ke K.L pegi interview at last dapat n sampai sekarang bekerja. Sebab itulah kehiudpan ini satu 'miracle' kite plan lain tp Allah dah aturkan sesuatu untuk kita. Namun bila berfikir balik kalau la saya still menganggur adakah saya adalah saya yang sekarang ni??? Yang mula belajar bangun subuh dengan sendirinya, yang mula belajar tak tidur lepas subuh, yang mula belajar naik bus dengan gamblenye, yang mula belajar untuk masak nasi ayam...hehehe harus la...:) Alhamdulillah saya dah melangkah ke tangga yang ke-3 banyak lagi anak tangga kat atas tu tapi kene naik slow la. Bukankah Rasulullah s.a.w bersabda "Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim).

Alhamdulillah kerja baru ni melancarkan rutin harian saya sebelum pergi kerja saya masih sempat untuk kemas tempat tidur, mathurat, dhuha dan touch up sket muke kalo rajin la stakat tempek bedak huhuhu... Alhamdulillah environment yang membina :) dan saya melangkah pergi kerja dengan senyuman. Saya terbaca bahawa wajah yang masam dan berkerut boleh menghalang getaran kejayaan dan Rasulullah adalah penduduk dunia yag tidak berharta namun wajahnya tidak pernah keruh dan selalu ceria :) Sekarang saya mula belajar untuk menyebut tigeeeeeeeee..dan senyum :)

Saya ingi mencari diri saya semula. Mencari kehidupan yang saya inginkan supaya tiap langkah saya tiada lagi rasa bersalah yang menyelubungi. 

"Dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak terurai kecuali menerima kehendak Allah. Dalam hati manusia ada keganasan, dan tidak hilang kecuali berjinak dengan Allah. Dalam hati manusia ada kesedihan, dan tidak hilang kecuali seronok mengenali Allah. Dalam hati manusia ada kegelisahan, dan tidak tenang kecuali berlindung, bertemu, dan berjumpa denganNya. Dalam hati manusia ada penyesalan, dan tidak padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya, qadak dan qadarNya serta sentiasa sabar sehingga menemuiNya. Dalam hati manusia ada hajat dan tidak terbendung kecuai kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya" -Ibnu Qayyim-  

No comments:

Post a Comment